Thursday, May 22, 2008

Cinta dan Persahabatan

Antara cinta dan persahabatan
andainya aku diberi pilihan untuk memilih
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
suatu ungkapan yang belum pasti keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
seorang pencinta setia
pastinya ia merentap kedamaian jiwa
tatkala diundang kekecewaan

namun ia tetap betah menjemput
setiap yg punya hati dan perasaan
hakikat yg tersimpan di jiwa ini
begitu syahdunya kurniaan ilahi
berakal, beremosi dan penyayang

Persahabatan
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
berkongsi tangis tawa,kasih sayang serta keakraban
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara
tentang impian dan pengertian hidup ini

persahabatan yg murni dan suci
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi kasih sejati
sekiranya menjadi gunting
robohlah tembok keluhuran ini

teman yang budiman
mengertilah maksudku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku ini
sejak perkenalan kita

kita bina tugu pagar
pagar besi kedewasaan
yg teguh berdiri megah di laman hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya satu pintaku
agar dikau tidak melupakan diriku

Monday, May 12, 2008

A Million thanks for you..

entry kali nih aku nk ucapkanTERIMA KASIH yg amat sangat kepada sesiapa yg telah membantu aku sepanjang aku menyiapkan Projek Sarjana Muda(PSM) terutamanya rakan2 3bcs. Tak kira dari segi support atau bantuan ape pun samaade rela atau pun tidak.hehe.Thanks a lot..I'm really appreciate it..satu ayat mak yg wat aku terharu" klu mak boleh tolong,mak tolong,tapi mak tak tau".time kasih mak.. aku rase terharu sgt sampai aku rase tak patut nyusahkan ati mak pikir pasal aku.walaupun projek tuh tak 100% menjadi tapi sekurang2nye aku berusaha utk buat yg terbaik walaupun aku tau usaha aku masih tak cukup lagi.huhu.Satu kelegaan yg amat2 sgt bile dah present benda alah ni. Rase dah kurang sikit beban kat atas bahu nih.
pada rakan 3bcs yg akan mengambil psm sem depan,pastikan korg lakukan yang terbaik.buat gempak2 biar dapat A.hehe

Thursday, May 1, 2008

untitled

aku dh rase nk demam skang nih..demam kerisauan yg amat sgt. tp ape yg aku dah buat.semua pon serba tak menjadi.segala macam bermain dalam kepale ni..terasa sesak nafas nih.i'm stuck!!
.........................................................
Biarkan aku sendiri